lovelyemiralisa…

Salam Dari Newcastle Upon Tyne..

BKII

dah masuk 4 tahun akak pakai ni..

tapi hasilnya….urmmmm….

muka akak tak jugak mcm pojiahlatip

tak jugak gebu mcm pelakon cina tu..(sapa nama dia? tetiba tak hengat lak..)

memanglah…

kalo setakat sental dgn benda alah ni hari2…

facial setahun sekali pun susah nak buat

masker, scrub beli buat hiasan,

jangan nak komplen kalo muka makin meliar bendasing nya..

mak perasan sejak dua menjak ni banyak pulak tahi lalat kat muka

konon sama spesis dgn seripahaini

telek punya telek bukan tahi lalat rupanya..

sang jegarat yg bermaharajalela..

owhh tidak!!

apa perlu akak buat? tukar lagikah??

**katanya ada product skincare baru berasaskan budu, BKII (budu kelate). rasa nak try jer laa…mana mau cari??

13 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Datang lagi..

adalah saya sangat mahu….

adoii yaaa..terjebak lagi..

gara2 cikkembang la nih…hehe.

baru jer nak bertobat…

dtg lak idea blink..blink..

kata ada kaki kat sanaaaaa kannnn……… 🙂


tapi….kalau tak dapat yg ni…USD598

hokni pun jadilah….(dulu) (??) USD268


tp mak still angau dgn patern ni…murah sket..USD358

tapi lagi……

andai ditakdirkan yg ni menyinggah dulu pun mak redha… 😀

USD178

mak dah riki kaki mak…..harus tak tdo mlm ni….susah kalau dh dtg moyan bag nih!

nilah jadinya bila dah terlebih masa di waktu malam gelita…

tapi…buat masa skg, mungkin saya perlu memberi laluan pada yang ini dulu…. 😦

harus ku katakan – giler lawa!!!

**owhh…..maafkan daku…andai hasratku keliru…..

12 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Bila ibu beranak 6..

Inilah kesahnya..

cuti sekolah 2009..

mak jadi ibu vogue beranak 6…(sebulan beb!)

bila ayah ajak semua keluar (sebenarnya nk jdkan buruh paksa kat rumah baru!)

maka berhimpit sardinlah semua nya dlm keta..

almaklumlah 3 anak saiznya mengalahkan makayah..

anak ke 5 mengalami gangguan kesihatan ketika kejadian ini…

5 lagi bersesak-sesak di belakang sana…ada lagi seorang makhluk yg tersepit tah kat celah mana..hehe seb baik yg tu kecit jer…

meskipun berhimpit himpitan, si ibu masih gigih menjalankan tanggungjawab memberi pelajaran berguna pada anak bongsunya…sementara anak ke-5 masih lagi belum sedar dr pengsan..

anak2 ceria menunggu upah dari si ayah..

oyehh makanan sudah sampai..semua menyerbu termasuklah si kenit itu..yg dlm stroller? seperti biasa, langsung xde herannya dia pada makanan…

**bayangkan kalaulah benar kejadian ini…


11 December, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

cikkelabu..

Misi menjemput cikkelabu pulang..

akhirnya ada juga hari berdua utk ibu dan ayah..hahha berangan konon!

dari melaka 6.30 pg. emiralisa terpaksa ibu tinggalkan dgn atuk dan nenek. kalau ikut hati nak ibu angkut sekali tapi apakan daya, no kids allowed.

sampai di northport 9 pg. after submitting bank draft, kitaorg konon nk merayau sementara tunggu si agent tu setelkan dgn kastam. katanya dalam pukul 2-3 keta dah boleh keluar.

so hala tuju nya JJ Bukit Tinggi.

yeayy!!

puas dicari..siap call talian2 hayat, malangnya tak jumpa jgk..last2 baru teringat yg tepon ai ada pembantu penunjuk jalan…huhu..penat jer pusing2!!

dan akhirnya,

yezza..we’re here! Jusco Bukit Tinggi yg tak penah ku jejak..(mommy zarazarif, sila jgn kutuk ai okey!)

ewah..ewahh….berlagak bujang yer!

**pokok belakang tu dari  recycled bottle..

sebenarnya rasa macam tak bes pulak jalan berdua w/out kids. belum apa2 dah rasa rindu sgt kt diorang..aisehh camana la kunun2nya nak tinggal diorang seminggu dua nnti..tak boley tak boley…ibu tak sanggup tinggalkan emiralisa utk berpoya-poya….biar sesusah mana pun, akan ku angkut depa berdua ke mana saja..*kecuali hari2 khas utk ibu la kan…(ayah pun xbley ikut!)

baru 2 store yg sempat di jenguk, kata ayah, agent call semua dh ready..aiyakkk!! baru 10 menet sampai..uwaaaa…..musnah harapan makk!! mencari bagai nak rak, tup2 dah kena pulang ke pangkal jalan…huhuh..

tapikan..tapikan….

dalam 10 menet tu jugak mak sempat menzass seketul baju dari eastindia..heheh..seb baik ai ni pantas orgnya.. 🙂

bukan apa, susah benar nak jumpa yg mencapai standard. bila dah jumpa, tak perlu pikir 2 kali, terus jer….kata ayah..dah beribu kali dgr alasan tu dari mulut ibu. u, kalau dah itu jer alasannya, maknanya mmg betul la..maka terimalah seadanya..hihi

maka berpuashatilah akak dengan lawatan 10 menet ke Jusco Bukit Tinggi..ermmm tak tahulah bila lak akan sampai sini…

makanya, kitaorg menghala lah pulak ke Westport.

takutnya bila masuk ke dalam situ…semuanya besar2, laju2, sibuk2 belaka….

crane pengangkut kontena..

keluar dari port, terus ke Puspakom dan JPJ Wangsa Maju. bukan tak boleh buat di kg Jawa tapi rasa mcm ‘tok Amareka’ guna plate B (apatah lg D!). hahaha..mmg saya lupa daratan.

nasib baik urusan dedua tempat ni tak lama sgt..oklah..sistem dorang ni ada improvement. diulang suara, SISTEM yer! bukan staf nyer….staf masih lagi sengal!!

lepas setel semua, terus zass keluar dr kl sbb takut akan terperangkaplah dalam arus lalulintas yg urghhh!!

sampai melaka 7 p.m. giler penat!

11 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

alisa dan spek..

Anak dara ni sekarang pantang jumpa sepek..

aksi boring tahap gaban..15 jam MELAKA-KB….ya amponn!!!

dapat spek, tudung ibu pulak ditariknya..

tiru sapa ni kecik2 dah pandai??

6 December, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

4 DECEMBER 1979 – 4 DECEMBER 2009


untuk diriku sendiri….huhuu….

opsss…dah masuk fasa baru rupanya..

tak sangka. ingatkan masih lagi 17 tahun..hehhe

Alhamdulillah diberikanNya kesihatan yang baik, kehidupan yang baik

keluarga dan rakan2 yg sentiasa membahagiakan..

hadiah??

tah! tah kenapa sejak dua menjak ni takde nafsu utk terima hadiah..

mungkin sbb takde benda yg di wish listkan..

tanya ayah, ibu nak apa?

takde jawapan…puas pikir apa yg ibu nak..

takde…

alhamdulillah! heheh…

kalau dulu asal tanya apa ibu nak? panjang berjela list nyer..

sekarang ni tetiba tak berminat pulak..

kenapa yer??

yg pasti sejak balik dr sana, memang takde perasaan nak apa2.

selain dr baju anak2, memang takde list lain dlm kepala otak yang kebiasannya sentiasa full..

ya, ada hikmahnya…

tapi tak tahu akan bertahan sampai bila.. 😀

tapikan….tapikan…

yang tak tahannya, napsu kat sini takde, tapi tarikan dr sana sangaaaatlah kuat..

lebih2 lg email sale sana sale sini asik masuk inbox jer…huhuu…

cumanya skg ni bizi yang amat sampai tak smpat nak membrowse jer…

kalau tidak mesti akak dah moyan..

takpe, lps christmas ni pasti! hehe…sebaik ada kaki lg kat sana…

eh dah melalut…

oklah, ucapan selamat hari jadi untuk diri sendiri..

semoga diri saya sentiasa dilindungi, menjadi hambaNya yang taat, diberi kesihatan yang baik, sentiasa bahagia bersama keluarga dan teman-teman, mencapai apa yang saya hajati, mendapat apa yang saya ingini dlm hidup..aminn..

Sekian terima kasih…

5 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

yeayy!!

Perkhabaran gumbira…

esok barang sampai.

next week clearance

senin dah boleh angkut balik Melaka…

yadeyyy….rumah blom siap apa lagi

barang sudah mau masuk

apa citer nehh??

iPhoto-2

 

4 November, 2009 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

A Famosa Water World

Akhirnya impian abang sekian lama tercapai jugak…setahun tak jumpa pool, setahun menahan geram kat air, last week dengan tak semena-mena kami terjah itu tempat…

iPhoto-1

iPhoto-2

mulanya nak masuk dua2 skali, water world dan animal world tapi masa kureng mengijinkan…so utk animal world kita pakat ke zoo melaka nnti lah yer..lagi syoik kot…lagipun adik blom pernah pegi zoo…adik kan suka animals!

iPhoto-8

iPhoto-4

adik yang mula2 daghat air..almaklumla dah besar baru jumpa…tapi last2 naik syoik la plak dia…..sampai takmo naik plak…ermm..over!

iPhoto-10

iPhoto-11

tempat ni oklah..adult 40 hengget, kids 35. tak lah crowded mcm sunway lagoon..so memang seswei utk aktiviti keluarga bulan 3 nnti…heheh..(sapa2 yg tertunggak tu cepat2 setel la yer….jgn buat2 lupa ockey!!)

tp konsep datang sefamily jer, xdpt la nk merasa slide yg bes2…anak nk tinggal mana weyy…

 

ermm…skg ni, satu lagi aktiviti yang masuk senarai MUST DO ialah cuti2 bulan cuti. aktiviti wajib.  tgh meriki-riki pulau mana yang bes…ada sesapa nak ikut tolong jagakan alisa time ibuayah bersnorkling??? sila…sila…. 🙂

lagi2 picas dlm fb. malas benar nak mengupload kat sini…

3 November, 2009 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

Saya masih hidup..

assalamualaikum semua…

wahh akhirnya saya telah keluar dari pertapaan yang sangat panjaaannnnnggggggggg…….

lama bangat tak jenguk emiralisa. tatau hangin apa yang merasuk sampai malas yang amat nak bukak, apatah lagi nak update..

alhamdulillah..akhirnya kesedaran muncul jua..heheh..tetiba hari ni terindu yang amat pada emiralisa ni…

life sekarang alhamdulillah..beransur stabil. walaupon masih belum setel banyak benda tapi kira oklah bila dapat pegi kerja dengan aman dan damai..

mula2 dulu kelam kabut jugak dengan segala urusan. semuanya rasa nak buat serentak. tapi bila tersedar yang diri ni bukan balik bercuti tapi mmg balik utk balik, maka pelan2 kayuh..ok la kan…

1st 2 weeks, pagi2 kecoh siapkan emiralisa ke skul, travel dr Jasin makan 1 jam, mana nak kejar ibu punch card 7.30, nak pujuk alisa menangis lagi, balik sekolah pulak, ayah kena jemput, ambik anak, hantar balik Jasin, ayah patah balik masuk kerja..rasa mcm tak cukup tanah berlari, skg alhamdulillah, dgn ehsan atuk emiralisa, dapatlah separate kereta, ibu jalan dulu, anak2 ayah yang hantar. balik ibu ambik…lega!

masuk cerita alisa, balik jer dari skul, menangislah dia tak berhenti mula dari Bukit Katil sampailah ke Jasin..nasib baik ada seater abang emir yg dulu, maka bolehlah ikat dia kat situ, kalau tak camana ibu nak drive…apa dia nak?? susu lah…jenuh ibu buh macam2 nak pisahkan alisa ngan susu ibu, tak jadik jugak…skg ni tatau nak wat apa dah..adakala rasa nak buh cili jer, tapi kang ibu lak yang melolong…hehhe!

sekarang ni byk lg benda yg tgh beratur utk disetelkan. rumah mestilah nak kena siap sebelum masuk (arghh..yg ni paling pening..angan2 melangit, tp tgklah kemampuan ye tak!),

iPhoto-1

kontena belum sampai lagi, nak kena cari skul baru utk emiralisa, blom masuk nak distribute brg2 bisnes lagi..ermm…nampaknya cuti sekolah ni akan jadi cuti yang sangat bz…

__R.E.A.L Kids - We Didn_t Create the R.E.A.L Idea. We Defined It.__

banyak yang di survey, nampaknya yang ni paling berkenan…harap2 ada rezeki abg utk join real kids next year sbb kalau ikut kelas utk 6 years dah penuh, emir 2nd in waiting list…yg penting kat sini ada mandarin dan swimming class. pool dia betul poll, tak mcm qdees yg pakai inflatable pool…(ayhwann..dah betul ha!!)

bagi ibu pulak, banyak benda yang masih dlm perancangan.

1. re-apply master – done! – harap2 kali ni takde lg benda yg menghalang…insyaAllah..

2. cari kelas baking – still searching..susahnya nak jumpa baking class kat melaka nih!

3. cari bahan utk projek terbaru..bila nak gi KL ni???

dan lagi…dan lagi….

banyak sangat projek ibu, nanti2 citer!

iPhoto-3

anak2 bertuah yang hari2 bikin hati cekgu panassss!!!

(tak caya?? nnti cekgu Diana citer kemudian!)

esok nak try buat brownies kukus..harap2 jadiklah erk..heheh!

Brownies Rinn - - Fotopages.comseasons_CremeDeMentheBrownies_lg.jpg 616×462 pixels

29 October, 2009 Posted by | Uncategorized | 6 Comments

Ini percobaan kali ke 5!

Salam..

Ya Allah lama giler rasanya tak membebel kat sini… 4 n3 yg lepas tersadai begitu saja..haha..memang very the konon tak sempat nak melayan luahan perasaan kat sini.

baik mari kita mulakan n3 xpress sebelum alisa terjaga nak susu..

Sekarang ni pukul 10.44 p.m. ketika dan saat ini semua kaum kerabat terdekat dah hanyut dalam alam masing2. penat sangat seharian beraktiviti berjimba di bulan puasa. Owh yer, kami sebenarnya di Ipswich, rumah uda+mak uda yg baru. Tadi ke outlet centre yang dalam perjalanannya ternmpak kabut disebelah kiri maka terus tak semena-mena menyinggah..wahh menarik juga kabut ini. tidaklah sesesak kabut newcastle dan barang dagangan juga menarik hati. yang paling bes dapat set Royal Albert Haworth yang mana dah tgk kat ebay tadi harganya 115 paun tp kami dpt dgn harga 10 sahajaaa…..bes kan? ok takpe, memang bes!

Maka saya tidak menyesal tak de OCR yang boleh dikatakan semua Malaysian gilakan. sbb saya memang berperangai kurang menyenangkan bila ramai yg ada, terus saya hilang minat. maka saya beralih kepada koleksi Albert yg lain, lavender rose yang sangat sweet itu dan juga telah jatuh chenta pd howard yang ala2 manis juga..dan sudah tentu moonlight rose yang sangat membiru itu..owhh sudah tidak smpat utk memburunya wahai ciknina.. 😥

ebay sangatlah ada tapi sangatlah tidak mampu..

barang2 bisnes jugak memang banyak tp memandangkan nafsu yg ditahan oleh ayah sbb takut tak muat keta nak balik ncl nnti, maka terpaksalah akur..

kat outlet td tak ada apa yang menarik selain dari set tefal yang kami beli di tj huges dgn harga 60 paun utk 5pcs tapi kat situ harganya 42 paun utk 7 pcs..chess dan memang sangat chesss…!! menyesal tak simpan resit supaya dapat pulangkan yg tj huges dan beli pulak tefal outlet ni. last2 beli jugak pan berlid yang harganya sangat murah 15 paun sahaja..urghh memang sangat gila dengan segala kitchen ware w/pun belum tentu akan digunakan sepenuhnya nnti..*theaaa…..

esok ada kabut lg..dah berkira2 apa nak buat supaya muat kereta balik ncl. owh ya lupa, space bonet di spare utk berpuluh2 kotak q. anne yg akan dibeli dlm perjalanan pulang senin nnti. maknanya kami akan ke Birm dulu sebelum balik ke ncl..harap2 org q.anne tu kata, ok..kami akan hantar..yeayy!!

next week dah nak raya. tah sempat tah tidak baju alisa yang nenek pos tu sampai. kalau tak sempat, maknanya alisa akan pakai baju tahun lps yang blom pakai tp dah singkat tangan dan kain..owhh sungguh tidak senonoh anak ibu..tidakk..tidakk…tak payah pakai baju kurung, adik akan pakai baju gaun ropol2 3 tingkat yang ibu beli kat kabut minggu lepas..(haha..giler klasik! sumpah, ibu tak penah beli!!! haha..)

pikirkan keja2 memeking barang yg bertimbun tu, risau plak takut tak sempat..w/pun 90% barang2 kaca dah siap ibu bungkus dalam kekalutan bersama anak2, masih ada lagi sisa2 yang tetiap minggu bertambah…ni nak tambah plak ngan 50 kotak q.anne. ayooo….bila akak nak tdo dekk??

aktiviti londonsale dah mula slow sbb memang takde masa nk curik utk bergambar segala bagai..w/pun barang banyak tp simpan jerlah utk 2 bulan yang akan datang..so mak-mak, sila simpan duit raya anak utk sopin di Londonsale bulan 11 nnti yer..hahah!

souvinier utk masyarakat kg dalam proses mengemaskini. fenin jugak bila last2 baru nak buat segala. apa nak buat, org yang blaja abih blajanya hujung yang sangat, visa pulak muat2 hari jer…2 minggu terakhir nilah segala mak nenek kena selesaikan. (alamak, banyak lg brg orderku blom sampai…owh tidakkk!!!!)

eh dah pukul 11.47??? lamanya saya berpikir nak menghabiskan n3 ni. kol 3 jap lagi nak bangun sahur plak. kang kol 9 dah kena pegi kabut..(ecehh agenda wajib tu..). saya sgt teruja sbb manalah tahu rezeki nak jumpa tureen Haworth ke plak, tak pun moonlight rose ker kali nih….hihi..kat ncl jgn harap nk jumpa spesis yg macam ni..almaklumlah..kat ‘Kedah’ mana nak ada Mid Velley, Pavillion) ok, tak paham takpe!

aduhh pinggan pinggang dah sakit. jeles tgk org tdo nyenyak atas tilam putih berselimut putih dalam bilik berperabot putih..owh saya sangat suka kaler putih..

saya kena turun ambik telefon atas meja makan kat bawah. kena kunci jam supaya dapat bangun pukul 3 nnti. Nak goreng ikan makarel yang sangat segar beli tadi di tepi laut..doakan saya selamat turun dan naik semula ke tingkat 3 ni..huhu..(alamak alisa dah menggeliat, signal!)

**sori n3 xpress yang sangat carca marba. kadang2 (selalunya) saya memang mcm ni. tp memandangkan biasanya saya punya banyaaaaakkkkkkkkkkkk masa, maka ayat dan cerita agak tersusun, tp skg ni terserlah siapa saya sebenar…huhuh

tata..nite2!!

(harap esok saya akan rajin seperti ini nk tepek gambar siang tadi..)

YESSS!!!!!! akhirnya saya berjaya mempublish n3 ini..hahah

12 September, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments