lovelyemiralisa…

Salam Dari Newcastle Upon Tyne..

BKII

dah masuk 4 tahun akak pakai ni..

tapi hasilnya….urmmmm….

muka akak tak jugak mcm pojiahlatip

tak jugak gebu mcm pelakon cina tu..(sapa nama dia? tetiba tak hengat lak..)

memanglah…

kalo setakat sental dgn benda alah ni hari2…

facial setahun sekali pun susah nak buat

masker, scrub beli buat hiasan,

jangan nak komplen kalo muka makin meliar bendasing nya..

mak perasan sejak dua menjak ni banyak pulak tahi lalat kat muka

konon sama spesis dgn seripahaini

telek punya telek bukan tahi lalat rupanya..

sang jegarat yg bermaharajalela..

owhh tidak!!

apa perlu akak buat? tukar lagikah??

**katanya ada product skincare baru berasaskan budu, BKII (budu kelate). rasa nak try jer laa…mana mau cari??

Advertisements

13 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Datang lagi..

adalah saya sangat mahu….

adoii yaaa..terjebak lagi..

gara2 cikkembang la nih…hehe.

baru jer nak bertobat…

dtg lak idea blink..blink..

kata ada kaki kat sanaaaaa kannnn……… 🙂


tapi….kalau tak dapat yg ni…USD598

hokni pun jadilah….(dulu) (??) USD268


tp mak still angau dgn patern ni…murah sket..USD358

tapi lagi……

andai ditakdirkan yg ni menyinggah dulu pun mak redha… 😀

USD178

mak dah riki kaki mak…..harus tak tdo mlm ni….susah kalau dh dtg moyan bag nih!

nilah jadinya bila dah terlebih masa di waktu malam gelita…

tapi…buat masa skg, mungkin saya perlu memberi laluan pada yang ini dulu…. 😦

harus ku katakan – giler lawa!!!

**owhh…..maafkan daku…andai hasratku keliru…..

12 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Bila ibu beranak 6..

Inilah kesahnya..

cuti sekolah 2009..

mak jadi ibu vogue beranak 6…(sebulan beb!)

bila ayah ajak semua keluar (sebenarnya nk jdkan buruh paksa kat rumah baru!)

maka berhimpit sardinlah semua nya dlm keta..

almaklumlah 3 anak saiznya mengalahkan makayah..

anak ke 5 mengalami gangguan kesihatan ketika kejadian ini…

5 lagi bersesak-sesak di belakang sana…ada lagi seorang makhluk yg tersepit tah kat celah mana..hehe seb baik yg tu kecit jer…

meskipun berhimpit himpitan, si ibu masih gigih menjalankan tanggungjawab memberi pelajaran berguna pada anak bongsunya…sementara anak ke-5 masih lagi belum sedar dr pengsan..

anak2 ceria menunggu upah dari si ayah..

oyehh makanan sudah sampai..semua menyerbu termasuklah si kenit itu..yg dlm stroller? seperti biasa, langsung xde herannya dia pada makanan…

**bayangkan kalaulah benar kejadian ini…


11 December, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

cikkelabu..

Misi menjemput cikkelabu pulang..

akhirnya ada juga hari berdua utk ibu dan ayah..hahha berangan konon!

dari melaka 6.30 pg. emiralisa terpaksa ibu tinggalkan dgn atuk dan nenek. kalau ikut hati nak ibu angkut sekali tapi apakan daya, no kids allowed.

sampai di northport 9 pg. after submitting bank draft, kitaorg konon nk merayau sementara tunggu si agent tu setelkan dgn kastam. katanya dalam pukul 2-3 keta dah boleh keluar.

so hala tuju nya JJ Bukit Tinggi.

yeayy!!

puas dicari..siap call talian2 hayat, malangnya tak jumpa jgk..last2 baru teringat yg tepon ai ada pembantu penunjuk jalan…huhu..penat jer pusing2!!

dan akhirnya,

yezza..we’re here! Jusco Bukit Tinggi yg tak penah ku jejak..(mommy zarazarif, sila jgn kutuk ai okey!)

ewah..ewahh….berlagak bujang yer!

**pokok belakang tu dari  recycled bottle..

sebenarnya rasa macam tak bes pulak jalan berdua w/out kids. belum apa2 dah rasa rindu sgt kt diorang..aisehh camana la kunun2nya nak tinggal diorang seminggu dua nnti..tak boley tak boley…ibu tak sanggup tinggalkan emiralisa utk berpoya-poya….biar sesusah mana pun, akan ku angkut depa berdua ke mana saja..*kecuali hari2 khas utk ibu la kan…(ayah pun xbley ikut!)

baru 2 store yg sempat di jenguk, kata ayah, agent call semua dh ready..aiyakkk!! baru 10 menet sampai..uwaaaa…..musnah harapan makk!! mencari bagai nak rak, tup2 dah kena pulang ke pangkal jalan…huhuh..

tapikan..tapikan….

dalam 10 menet tu jugak mak sempat menzass seketul baju dari eastindia..heheh..seb baik ai ni pantas orgnya.. 🙂

bukan apa, susah benar nak jumpa yg mencapai standard. bila dah jumpa, tak perlu pikir 2 kali, terus jer….kata ayah..dah beribu kali dgr alasan tu dari mulut ibu. u, kalau dah itu jer alasannya, maknanya mmg betul la..maka terimalah seadanya..hihi

maka berpuashatilah akak dengan lawatan 10 menet ke Jusco Bukit Tinggi..ermmm tak tahulah bila lak akan sampai sini…

makanya, kitaorg menghala lah pulak ke Westport.

takutnya bila masuk ke dalam situ…semuanya besar2, laju2, sibuk2 belaka….

crane pengangkut kontena..

keluar dari port, terus ke Puspakom dan JPJ Wangsa Maju. bukan tak boleh buat di kg Jawa tapi rasa mcm ‘tok Amareka’ guna plate B (apatah lg D!). hahaha..mmg saya lupa daratan.

nasib baik urusan dedua tempat ni tak lama sgt..oklah..sistem dorang ni ada improvement. diulang suara, SISTEM yer! bukan staf nyer….staf masih lagi sengal!!

lepas setel semua, terus zass keluar dr kl sbb takut akan terperangkaplah dalam arus lalulintas yg urghhh!!

sampai melaka 7 p.m. giler penat!

11 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

alisa dan spek..

Anak dara ni sekarang pantang jumpa sepek..

aksi boring tahap gaban..15 jam MELAKA-KB….ya amponn!!!

dapat spek, tudung ibu pulak ditariknya..

tiru sapa ni kecik2 dah pandai??

6 December, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

4 DECEMBER 1979 – 4 DECEMBER 2009


untuk diriku sendiri….huhuu….

opsss…dah masuk fasa baru rupanya..

tak sangka. ingatkan masih lagi 17 tahun..hehhe

Alhamdulillah diberikanNya kesihatan yang baik, kehidupan yang baik

keluarga dan rakan2 yg sentiasa membahagiakan..

hadiah??

tah! tah kenapa sejak dua menjak ni takde nafsu utk terima hadiah..

mungkin sbb takde benda yg di wish listkan..

tanya ayah, ibu nak apa?

takde jawapan…puas pikir apa yg ibu nak..

takde…

alhamdulillah! heheh…

kalau dulu asal tanya apa ibu nak? panjang berjela list nyer..

sekarang ni tetiba tak berminat pulak..

kenapa yer??

yg pasti sejak balik dr sana, memang takde perasaan nak apa2.

selain dr baju anak2, memang takde list lain dlm kepala otak yang kebiasannya sentiasa full..

ya, ada hikmahnya…

tapi tak tahu akan bertahan sampai bila.. 😀

tapikan….tapikan…

yang tak tahannya, napsu kat sini takde, tapi tarikan dr sana sangaaaatlah kuat..

lebih2 lg email sale sana sale sini asik masuk inbox jer…huhuu…

cumanya skg ni bizi yang amat sampai tak smpat nak membrowse jer…

kalau tidak mesti akak dah moyan..

takpe, lps christmas ni pasti! hehe…sebaik ada kaki lg kat sana…

eh dah melalut…

oklah, ucapan selamat hari jadi untuk diri sendiri..

semoga diri saya sentiasa dilindungi, menjadi hambaNya yang taat, diberi kesihatan yang baik, sentiasa bahagia bersama keluarga dan teman-teman, mencapai apa yang saya hajati, mendapat apa yang saya ingini dlm hidup..aminn..

Sekian terima kasih…

5 December, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments