lovelyemiralisa…

Salam Dari Newcastle Upon Tyne..

Saya masih hidup..

assalamualaikum semua…

wahh akhirnya saya telah keluar dari pertapaan yang sangat panjaaannnnnggggggggg…….

lama bangat tak jenguk emiralisa. tatau hangin apa yang merasuk sampai malas yang amat nak bukak, apatah lagi nak update..

alhamdulillah..akhirnya kesedaran muncul jua..heheh..tetiba hari ni terindu yang amat pada emiralisa ni…

life sekarang alhamdulillah..beransur stabil. walaupon masih belum setel banyak benda tapi kira oklah bila dapat pegi kerja dengan aman dan damai..

mula2 dulu kelam kabut jugak dengan segala urusan. semuanya rasa nak buat serentak. tapi bila tersedar yang diri ni bukan balik bercuti tapi mmg balik utk balik, maka pelan2 kayuh..ok la kan…

1st 2 weeks, pagi2 kecoh siapkan emiralisa ke skul, travel dr Jasin makan 1 jam, mana nak kejar ibu punch card 7.30, nak pujuk alisa menangis lagi, balik sekolah pulak, ayah kena jemput, ambik anak, hantar balik Jasin, ayah patah balik masuk kerja..rasa mcm tak cukup tanah berlari, skg alhamdulillah, dgn ehsan atuk emiralisa, dapatlah separate kereta, ibu jalan dulu, anak2 ayah yang hantar. balik ibu ambik…lega!

masuk cerita alisa, balik jer dari skul, menangislah dia tak berhenti mula dari Bukit Katil sampailah ke Jasin..nasib baik ada seater abang emir yg dulu, maka bolehlah ikat dia kat situ, kalau tak camana ibu nak drive…apa dia nak?? susu lah…jenuh ibu buh macam2 nak pisahkan alisa ngan susu ibu, tak jadik jugak…skg ni tatau nak wat apa dah..adakala rasa nak buh cili jer, tapi kang ibu lak yang melolong…hehhe!

sekarang ni byk lg benda yg tgh beratur utk disetelkan. rumah mestilah nak kena siap sebelum masuk (arghh..yg ni paling pening..angan2 melangit, tp tgklah kemampuan ye tak!),

iPhoto-1

kontena belum sampai lagi, nak kena cari skul baru utk emiralisa, blom masuk nak distribute brg2 bisnes lagi..ermm…nampaknya cuti sekolah ni akan jadi cuti yang sangat bz…

__R.E.A.L Kids - We Didn_t Create the R.E.A.L Idea. We Defined It.__

banyak yang di survey, nampaknya yang ni paling berkenan…harap2 ada rezeki abg utk join real kids next year sbb kalau ikut kelas utk 6 years dah penuh, emir 2nd in waiting list…yg penting kat sini ada mandarin dan swimming class. pool dia betul poll, tak mcm qdees yg pakai inflatable pool…(ayhwann..dah betul ha!!)

bagi ibu pulak, banyak benda yang masih dlm perancangan.

1. re-apply master – done! – harap2 kali ni takde lg benda yg menghalang…insyaAllah..

2. cari kelas baking – still searching..susahnya nak jumpa baking class kat melaka nih!

3. cari bahan utk projek terbaru..bila nak gi KL ni???

dan lagi…dan lagi….

banyak sangat projek ibu, nanti2 citer!

iPhoto-3

anak2 bertuah yang hari2 bikin hati cekgu panassss!!!

(tak caya?? nnti cekgu Diana citer kemudian!)

esok nak try buat brownies kukus..harap2 jadiklah erk..heheh!

Brownies Rinn - - Fotopages.comseasons_CremeDeMentheBrownies_lg.jpg 616×462 pixels

Advertisements

29 October, 2009 Posted by | Uncategorized | 6 Comments