lovelyemiralisa…

salam dari newcastle upon tyne…

yeayy!!

Perkhabaran gumbira…

esok barang sampai.

next week clearance

senin dah boleh angkut balik Melaka…

yadeyyy….rumah blom siap apa lagi

barang sudah mau masuk

apa citer nehh??

iPhoto-2

 

4 November, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 2 Comments

A Famosa Water World

Akhirnya impian abang sekian lama tercapai jugak…setahun tak jumpa pool, setahun menahan geram kat air, last week dengan tak semena-mena kami terjah itu tempat…

iPhoto-1

iPhoto-2

mulanya nak masuk dua2 skali, water world dan animal world tapi masa kureng mengijinkan…so utk animal world kita pakat ke zoo melaka nnti lah yer..lagi syoik kot…lagipun adik blom pernah pegi zoo…adik kan suka animals!

iPhoto-8

iPhoto-4

adik yang mula2 daghat air..almaklumla dah besar baru jumpa…tapi last2 naik syoik la plak dia…..sampai takmo naik plak…ermm..over!

iPhoto-10

iPhoto-11

tempat ni oklah..adult 40 hengget, kids 35. tak lah crowded mcm sunway lagoon..so memang seswei utk aktiviti keluarga bulan 3 nnti…heheh..(sapa2 yg tertunggak tu cepat2 setel la yer….jgn buat2 lupa ockey!!)

tp konsep datang sefamily jer, xdpt la nk merasa slide yg bes2…anak nk tinggal mana weyy…

 

ermm…skg ni, satu lagi aktiviti yang masuk senarai MUST DO ialah cuti2 bulan cuti. aktiviti wajib.  tgh meriki-riki pulau mana yang bes…ada sesapa nak ikut tolong jagakan alisa time ibuayah bersnorkling??? sila…sila…. :)

lagi2 picas dlm fb. malas benar nak mengupload kat sini…

3 November, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 4 Comments

Saya masih hidup..

assalamualaikum semua…

wahh akhirnya saya telah keluar dari pertapaan yang sangat panjaaannnnnggggggggg…….

lama bangat tak jenguk emiralisa. tatau hangin apa yang merasuk sampai malas yang amat nak bukak, apatah lagi nak update..

alhamdulillah..akhirnya kesedaran muncul jua..heheh..tetiba hari ni terindu yang amat pada emiralisa ni…

life sekarang alhamdulillah..beransur stabil. walaupon masih belum setel banyak benda tapi kira oklah bila dapat pegi kerja dengan aman dan damai..

mula2 dulu kelam kabut jugak dengan segala urusan. semuanya rasa nak buat serentak. tapi bila tersedar yang diri ni bukan balik bercuti tapi mmg balik utk balik, maka pelan2 kayuh..ok la kan…

1st 2 weeks, pagi2 kecoh siapkan emiralisa ke skul, travel dr Jasin makan 1 jam, mana nak kejar ibu punch card 7.30, nak pujuk alisa menangis lagi, balik sekolah pulak, ayah kena jemput, ambik anak, hantar balik Jasin, ayah patah balik masuk kerja..rasa mcm tak cukup tanah berlari, skg alhamdulillah, dgn ehsan atuk emiralisa, dapatlah separate kereta, ibu jalan dulu, anak2 ayah yang hantar. balik ibu ambik…lega!

masuk cerita alisa, balik jer dari skul, menangislah dia tak berhenti mula dari Bukit Katil sampailah ke Jasin..nasib baik ada seater abang emir yg dulu, maka bolehlah ikat dia kat situ, kalau tak camana ibu nak drive…apa dia nak?? susu lah…jenuh ibu buh macam2 nak pisahkan alisa ngan susu ibu, tak jadik jugak…skg ni tatau nak wat apa dah..adakala rasa nak buh cili jer, tapi kang ibu lak yang melolong…hehhe!

sekarang ni byk lg benda yg tgh beratur utk disetelkan. rumah mestilah nak kena siap sebelum masuk (arghh..yg ni paling pening..angan2 melangit, tp tgklah kemampuan ye tak!),

iPhoto-1

kontena belum sampai lagi, nak kena cari skul baru utk emiralisa, blom masuk nak distribute brg2 bisnes lagi..ermm…nampaknya cuti sekolah ni akan jadi cuti yang sangat bz…

__R.E.A.L Kids - We Didn_t Create the R.E.A.L Idea. We Defined It.__

banyak yang di survey, nampaknya yang ni paling berkenan…harap2 ada rezeki abg utk join real kids next year sbb kalau ikut kelas utk 6 years dah penuh, emir 2nd in waiting list…yg penting kat sini ada mandarin dan swimming class. pool dia betul poll, tak mcm qdees yg pakai inflatable pool…(ayhwann..dah betul ha!!)

bagi ibu pulak, banyak benda yang masih dlm perancangan.

1. re-apply master – done! – harap2 kali ni takde lg benda yg menghalang…insyaAllah..

2. cari kelas baking – still searching..susahnya nak jumpa baking class kat melaka nih!

3. cari bahan utk projek terbaru..bila nak gi KL ni???

dan lagi…dan lagi….

banyak sangat projek ibu, nanti2 citer!

iPhoto-3

anak2 bertuah yang hari2 bikin hati cekgu panassss!!!

(tak caya?? nnti cekgu Diana citer kemudian!)

esok nak try buat brownies kukus..harap2 jadiklah erk..heheh!

Brownies Rinn - - Fotopages.comseasons_CremeDeMentheBrownies_lg.jpg 616×462 pixels

29 October, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 6 Comments

Ini percobaan kali ke 5!

Salam..

Ya Allah lama giler rasanya tak membebel kat sini… 4 n3 yg lepas tersadai begitu saja..haha..memang very the konon tak sempat nak melayan luahan perasaan kat sini.

baik mari kita mulakan n3 xpress sebelum alisa terjaga nak susu..

Sekarang ni pukul 10.44 p.m. ketika dan saat ini semua kaum kerabat terdekat dah hanyut dalam alam masing2. penat sangat seharian beraktiviti berjimba di bulan puasa. Owh yer, kami sebenarnya di Ipswich, rumah uda+mak uda yg baru. Tadi ke outlet centre yang dalam perjalanannya ternmpak kabut disebelah kiri maka terus tak semena-mena menyinggah..wahh menarik juga kabut ini. tidaklah sesesak kabut newcastle dan barang dagangan juga menarik hati. yang paling bes dapat set Royal Albert Haworth yang mana dah tgk kat ebay tadi harganya 115 paun tp kami dpt dgn harga 10 sahajaaa…..bes kan? ok takpe, memang bes!

Maka saya tidak menyesal tak de OCR yang boleh dikatakan semua Malaysian gilakan. sbb saya memang berperangai kurang menyenangkan bila ramai yg ada, terus saya hilang minat. maka saya beralih kepada koleksi Albert yg lain, lavender rose yang sangat sweet itu dan juga telah jatuh chenta pd howard yang ala2 manis juga..dan sudah tentu moonlight rose yang sangat membiru itu..owhh sudah tidak smpat utk memburunya wahai ciknina.. :’(

ebay sangatlah ada tapi sangatlah tidak mampu..

barang2 bisnes jugak memang banyak tp memandangkan nafsu yg ditahan oleh ayah sbb takut tak muat keta nak balik ncl nnti, maka terpaksalah akur..

kat outlet td tak ada apa yang menarik selain dari set tefal yang kami beli di tj huges dgn harga 60 paun utk 5pcs tapi kat situ harganya 42 paun utk 7 pcs..chess dan memang sangat chesss…!! menyesal tak simpan resit supaya dapat pulangkan yg tj huges dan beli pulak tefal outlet ni. last2 beli jugak pan berlid yang harganya sangat murah 15 paun sahaja..urghh memang sangat gila dengan segala kitchen ware w/pun belum tentu akan digunakan sepenuhnya nnti..*theaaa…..

esok ada kabut lg..dah berkira2 apa nak buat supaya muat kereta balik ncl. owh ya lupa, space bonet di spare utk berpuluh2 kotak q. anne yg akan dibeli dlm perjalanan pulang senin nnti. maknanya kami akan ke Birm dulu sebelum balik ke ncl..harap2 org q.anne tu kata, ok..kami akan hantar..yeayy!!

next week dah nak raya. tah sempat tah tidak baju alisa yang nenek pos tu sampai. kalau tak sempat, maknanya alisa akan pakai baju tahun lps yang blom pakai tp dah singkat tangan dan kain..owhh sungguh tidak senonoh anak ibu..tidakk..tidakk…tak payah pakai baju kurung, adik akan pakai baju gaun ropol2 3 tingkat yang ibu beli kat kabut minggu lepas..(haha..giler klasik! sumpah, ibu tak penah beli!!! haha..)

pikirkan keja2 memeking barang yg bertimbun tu, risau plak takut tak sempat..w/pun 90% barang2 kaca dah siap ibu bungkus dalam kekalutan bersama anak2, masih ada lagi sisa2 yang tetiap minggu bertambah…ni nak tambah plak ngan 50 kotak q.anne. ayooo….bila akak nak tdo dekk??

aktiviti londonsale dah mula slow sbb memang takde masa nk curik utk bergambar segala bagai..w/pun barang banyak tp simpan jerlah utk 2 bulan yang akan datang..so mak-mak, sila simpan duit raya anak utk sopin di Londonsale bulan 11 nnti yer..hahah!

souvinier utk masyarakat kg dalam proses mengemaskini. fenin jugak bila last2 baru nak buat segala. apa nak buat, org yang blaja abih blajanya hujung yang sangat, visa pulak muat2 hari jer…2 minggu terakhir nilah segala mak nenek kena selesaikan. (alamak, banyak lg brg orderku blom sampai…owh tidakkk!!!!)

eh dah pukul 11.47??? lamanya saya berpikir nak menghabiskan n3 ni. kol 3 jap lagi nak bangun sahur plak. kang kol 9 dah kena pegi kabut..(ecehh agenda wajib tu..). saya sgt teruja sbb manalah tahu rezeki nak jumpa tureen Haworth ke plak, tak pun moonlight rose ker kali nih….hihi..kat ncl jgn harap nk jumpa spesis yg macam ni..almaklumlah..kat ‘Kedah’ mana nak ada Mid Velley, Pavillion) ok, tak paham takpe!

aduhh pinggan pinggang dah sakit. jeles tgk org tdo nyenyak atas tilam putih berselimut putih dalam bilik berperabot putih..owh saya sangat suka kaler putih..

saya kena turun ambik telefon atas meja makan kat bawah. kena kunci jam supaya dapat bangun pukul 3 nnti. Nak goreng ikan makarel yang sangat segar beli tadi di tepi laut..doakan saya selamat turun dan naik semula ke tingkat 3 ni..huhu..(alamak alisa dah menggeliat, signal!)

**sori n3 xpress yang sangat carca marba. kadang2 (selalunya) saya memang mcm ni. tp memandangkan biasanya saya punya banyaaaaakkkkkkkkkkkk masa, maka ayat dan cerita agak tersusun, tp skg ni terserlah siapa saya sebenar…huhuh

tata..nite2!!

(harap esok saya akan rajin seperti ini nk tepek gambar siang tadi..)

YESSS!!!!!! akhirnya saya berjaya mempublish n3 ini..hahah

12 September, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 3 Comments

raya

Salam 4 Ramadhan…

Alhamdulillah dah masuk hari ke empat semua umat islam menunaikan ibadah wajib puasa..buat kami di sini alhamdulillah dengan segala kudrat yang ada, 17 jam berpuasa tidaklah menjadi satu masalah besar..cuma kadangkala terasa penat apabila terpaksa menyelesaikan banyak perkara sejak akhir2 ini…ditambah pula dengan gelagat 2 penyeri yg makin lama makin memeningkan…huhuu…

setakat semalam takde apa yang membezakan suasana berpuasa di sana dan di sini. selain dari tiadanya pasar ramadhan, yang lain biasa2 jer…

Facebook | Ewan Shamsudin_s Photos - Mobile Uploads-3ihsan : FB ayahwan, lokasi : PR Pasir Mas

tapi bila dah 2 hari berturut2 ayahwan cuba menggoda keimanan ini…maka biasa2 tu terus menjadi luar biasaaaa……. :”(

owh..alangkah indahnya dapat berpuasa di kg halaman sendiri. dapat makan macam2, tak payah berangan rasa ikan kembung percik tatkala mulut mengunyah ikan kejung goreng…huhu…

Facebook | Ewan Shamsudin_s Photos - Mobile Uploads-2ihsan : FB ayahwan

*tapi sekurang-kurangnya dapat jugak makan roti john buatan sendiri..kalau kat sana, jgn harap bila ada pilihan di tempat lain…*aduhh rindunya roti john melaka yg pemes itu…

Dan tiba2 juga, perasaan nak raya muncul. Tiba2 okeh!! baru terasa, eh nak raya ehh??

series, sebelum ni memang tak terpikir langsung kita akan sambut raya dalam beberapa minggu lagi. tiada langsung perasaan nak beli baju raya even utk budak2 skali pun..yang ada dalam kepala, kemas barang..kemas barang…kemas barang…..lagi 5 minggu nak balik..cepat, pantas, cergas!!!

dan mulai pagi tadi…

misi mencari baju raya bermula…bukan di sini, tapi di Malaysia. Mula mem browse berbanyak2 onlineshop yang ada, sampai penin nak pilih yang mana..

banyak giler yang menarik hati…dan yg moskil kenapa harga mereka sangat murah?? adakah semuanya imitation?? atau brand china?? guess china, gap china, RL china, bla..bla..bla…….mcmana boleh jual semurah itu?? kalau authentic tapi MADE IN CHINA mmg bukan masalahnya….mengikut kata owner2 sekalian, brg2 diorg adalah dari factory overrun, reject, off season etc, tapi mmg original bukan tipu2 punya…

tahlah, tak tahu kebenarannya sbb ai tak penah beli baju thru onlineshop…mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang memang fake. kalau tgk pd some designs, memang obviously nampak ketipuan itu..maka ku terus out itu kedai!

Tapi banyaaakkkkk yang melekat di jiwa masalahnya…huhu…sbg pecinta dress sejati, haruslah mak menggila kann…..ok..ok…abang punya pun!! ermm..jeles sangat bila ibu asik tgk baju2 adik jer…..

apa2 pun, esok kita akan finalise..utk abang, utk adik…kita order online jer taun ni okay!

kenapa tak beli kat sini??

1. nanti nak bawak balik souvenir utk org2 kg…baju takleh muat byk2..

2. Harga lebih kurang..ada pulak yg lebih murah, so jgn jd kurang bijak!

3. Balik sana baru nk beraya..jadinya bila kami sampai nnti, baju2 raya dah sedia menanti….hehhe

Ammi & Wonderland -JUST ARRIVED 20_8_09

BURBERRY!

ori kah?? napanya RM45 jer?? sapa2 sila jwb pls….

25 August, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 1 Comment

IT’S MY MUM’S SPECIAL DAY…

Mum,

So very proud and happy  to have a mum as special as you…

happy-birthday-mom.jpg 289×420 pixels

I miss her smile,
I miss her hugs,
I miss her laugh,
I MISS HER!

Animated Crying Emoticon - Clip Art Of.com-1


19 August, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 1 Comment

ya! sangat malas nak mengapdet..

bz..bz..bzz…………!!!

atau wat2 bz jer.. :P

tapi tetiba terajin nk mengupload sesuatu..

*

*

*

*

*

along bagi soklan cepu mas??

sapa ni??

09082009088.jpgiPhoto-8

??  vs alisa

14 August, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 1 Comment

sesungguhnya tika ini, saat ini saya benar2 tertekan.. :’(

6 August, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 2 Comments

Emir+mata-2

teringat kata2 doktor mata yang ditemui beberapa hari lepas,

any family history?

sudah tentu tidak kecuali adik beradik sebelah ayah yang 5/6 bercermin mata..dan sebelah ibu 3/3 anak lelaki nenektokpa pun bercermin mata…rasanya itu tidak dinamakan sejarah penyakit, cuma ats sbb2 yg biasa bila terpksa memakainya..

smlm akhirnya penntian emir utk mndptkn spec berakhir. setelh diejas sana sini oleh consultant yg melyn dgn penuh mesra, maka pakailah dia dengan hati gembira..

ok, lima minit pertama masih teguh berdiri dihidung kemek nya itu…masuk lima minit kedua, sudah mula bukak pakai bukak pakai…

dan akhirnya, mintak case nk simpan spec!

dlm ayah dok sibuk dengan urusannya telefonnya…ibu cuba nk menguji keberkesanan spec nya itu..

ibu suruh emir pakai, ibu tunjuk something di signboard yg agak besar, ibu suruh emir eja..

hasilnya,

emir tak dapat eja! emir tak nampak…emir nmpak tulisan conteng-conteng…

aik?? peliknya ibu…

ibu bukakkan spec, ibu mintak emir baca, emir baca..emir nmpak! emir jelas…

lg pelik!

ibu ambik spec emir, ibu pakai..(nasib baik berspring..hehe..muatlah!)

aihh..ibu pun tak nmpk??..tulisan jadi blur mcm emir ckp. semua benda nmpk besar mcm emir ckp…

ibu, eberything look BIGGG!! ibu kata memang la, sbb tulah org pakai spec, bg nmpak besar2..

rupanya mmg betul kata emir, semuanya nmpk besar2 belaka…

ibu bagitahu ayah, ayah pulak mengetestnya..(kejadian masih didlm kedai telefon..)

kata ayah, ni slh lense ni..semacam jer tebalnya. kata doktor just a bit. takkn tebal mcm ni..

makanya..kembalilah semula ke kedai spec tadi..dlm kepenatan yg amat! mengejar alisa yg sibuk mengemas pamplet2 kedai tadi..

berjumpa lah kami dengan optician yg kebetulan ada di front desk. ayah pun explain apa yang berlaku bila emir pakai dan tak pakai.

………and the doctor said, he is long sighted! – masa ni baru teringat kata2 doktor bila kami cuba mengelak dr pakaikan emir spec..

yes rite! the prescription also says the same thing…kata optician tu.

yess riiteeee!!! long sighted adalah rabun dekat….masyaAllah kenapa masa doktor tu cakap kami boleh tak terperasan??? baru sekarang nak realize…

rupanya anak ibu masalahnya dekat bukan jauh…bukan yang biasa2..

maknanya emir hanya akan pakai bila nk mmbaca, dlm kelas, mengadap komputer dan kerja2 yg memerlukan ketelitian..kesiannya anak ibu…

risaunya hati ibuayah…Dia saja yang tahu..mcmana emir nak menempuh hari2 akan datang..biasanya org2 tua jer yg bermslh dekat ni..patutla awal2 doktor dah tanya ada sejarah atau tak..

bila mengenangkan kata2 doktor tu jugak, masalahnya tak banyak, sikit jer…mungkin boleh baik. lega hati ibu..

lagi pulak ibu nmpk emir masih ok bila baca buku, tgk tv..so mungkin mmg kecik jer mslhnya..cuma dinasihatkn pakai utk membaikpulih…

iPhoto-1

bgn tido, mintak spec, tgk tv, tapi asik kena kacau ngan adik..nk amik spec abg..tensen!!

iPhoto

next month ada 2nd appt. harap2 keputusannya lebih baik…aminn..

1 August, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 4 Comments

Emir+mata

kisahnya bermula apabila keputusan eye test emir di sekolah kurang memberangsangkan.

maka 4 minggu kemudian, sampailah surat appointment utk sight test di RVI.

bila ditanya, abang suka ke pakai spec?

yeah, i like!! ermm…apa nak kata!

tak sabar2 rupanya nak ke clinic utk check mata,

nnti emir dapat pakai glasses mcm ayah..senyum meleret…

hari pun tiba..

pagi2 dah mandi..punya xcited.

tapi nmpak jugak nervous nya..tidak kurang juga ayah..

(rasanya ayahibu yang terlebih – kalau boleh biarlah keputusannya baik2 saja..)

 

sampai di sana..main dulu..ambik mood.

 

iPhoto-13iPhoto-14

 

1st session

iPhoto-8

 beramah mesra

 

iPhoto-9

eye drop – dgn kata2 yang sangat manis, hilang rasa takut..

 

iPhoto-10

yeayy..dapat sticker!!

 

iPhoto-11

a big brave boy!

 

bila dah masukkan eye drop ni kena tunggu 1/2 jam utk next session. tunggu ubat tu meresap barulah boleh pemeriksaan selanjutnya..

 

jom, kita baca buku dulu..

iPhoto-12

iPhoto-15

(agak2 kat Mlysia mahu ke diorg provide toys camni punya banyak??)

 

selepas 1/2 jam..

 

2nd 

iPhoto-16

jumpa optician dulu..

 

then..

 

3rd 

iPhoto-18

barulah jumpa doctor..

 

dan

 

hasilnya…

yaaa…..cermin mata!!!

owhh…tidakkk….yang tak nak didengar akhirnya menjadi kenyataan…

cuba utk melawan kata, boleh ke kalau tak pakai..??

kata dokter hensem itu, 

dinasihatkan!! mungkin akan lebih baik..

ya..MUNGKIN!!

berdoalah…

 

 

finally…

iPhoto-20

 

dulu ayah sibuk dok pilih spec kat sini, dia pun sibuk pilih utk dia..

sekarang..senyum meleret sbb purposely ke sana utk dia..

hai abang..abang…

tidakkah kau tahu anakku bahawa amatlah tidak bes utk memakai benda alah ini…

(ibu pun sampai skg masih liatdegil utk memakainya..)


iPhoto-21

iPhoto-25 iPhoto-22

                                     pilihan ibuayah-lebih lasak                                pilihan emir 

 

kat sini nasib baik semuanya free…patah/pecah berganti..

kalau dah balik Malaysia??? hhuhu…

 

mana adikkk?????

 

 

haaaa……………….!!!!!!!!

 

adik pon?????

iPhoto-23iPhoto-24

owhh nehiii…nehiii…..


 

3 hari baru siap – menghitung hari…….

 


 

 


29 July, 2009 Posted by emiralisa | Uncategorized | | 5 Comments